Perkongsian : Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Perkongsian blogger Chenta Nana tentang penjagaan rambut wanita bertudung..moga bermanfaat pada kita ok... memang tak dinafikan la, nak ...

Perkongsian blogger Chenta Nana tentang penjagaan rambut wanita bertudung..moga bermanfaat pada kita ok...
memang tak dinafikan la, nak jaga rambut yang bertudung litup ni memang susah la....rambut dan kulit kepala yang betutup setiap hari boleh menyebabkan kerosakan pada rambut kalau salah cara penjagaannya la...

Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah
1) Berkelimumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah

Saya boleh katakan majoriti akan mengalami lebih dari satu masalah yang saya sebutkan di atas. Apa yang perlu anda lakukan?

1)Tidak Perlu Cuci rambut setiap hari

Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh. tetapi.... ada tetapi ni...
Sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari.
kang datang kerja, bau pelik pulak kan...

bagi yang perlu syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu, pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi. pastikan nak cuci rambut tu, selepas balik kerja la kan.

2) Elakkan Bungkus Rambut Dengan Tuala

3) Pilih tudung yang sesuai

Bagi wanita yang bekerja seperti saya, kita bekerja selama 8 jam. Jadi, selama 8 jam tu duk balut ke kepala dengan tudung kan. Pemilihan tudung dari fabrik yang sesuai sangat penting la. Pilih tudung dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, korang boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung korang, semakin susah rambut nak bernafas. (kan dah keluar hipotesis sains )

4) Elakkan dari mengikat rambut Basah
Pastikan rambut anda kering sepenuhnya sebelum mengikat rambut/ memakai tudung.
Ini adalah punca utama yang menyebabkan rambut berbuah.sikap malas untuk mengeringkan rambut ini bukan sahaja menyebabkan rambut berbuah, tetapi juga contribute kepada rambut yang busuk. mesti korang dapat bayangkan camne bau rambut busuk kan.. kan...

dan kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar bahawa rambut mereka berbau kerana mereka sudah immune.
Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengeringkan rambut, jangan basuh rambut di waktu pagi sebelum pergi kerja, basuh sahaja di waktu malam....kan senang..

5) Gunakan Syampoo yang betul

Kadang-kadang kita ni pergi pasaraya, main belasah je ambil syampoo. Ko rambut gugur, pergi ambil syampoo rambut berminyak. ko yang rambut berminyak, pergi beli syampoo untuk rambut kering. So, sangat salah ok... patikan korang dan nana juga( kesedaran pada diri sendiri) peka dalam membeli satu-satu syampoo ni lah... Dan jika satu jenama tu, korang nampak macam tak ngam je dengan rambut korang kan, cuba la cari produk yang betul-betul sesuai.Jika korang  sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.

 Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan korang  mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

6) Rawatan Rambut
masalah orang bertudung/berhelmet/bertopi adalah pengumpulan bakteria di kulit kepala.
bakteria ini akan menyebabkan kebanyakan masalah yang ada. rajin-rajinkan lah diri ke salun untuk membuat scalp treatment. kalau ada masa, sebulan sekali, kalau bz, dua bulan sekali pon tak apa... tidak semestinya jika kita ni bertudung, kita tidak boleh nak manja-manjakan diri kat salun kan....

Tips lain:

1)   Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kasar

2)   Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

3)   Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

COMMENTS

Name

Bloomere Bloomere online masalah kulit kepala Perfume rambut rambut wangi
false
ltr
item
Bloomere: Perkongsian : Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Perkongsian : Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1b9QkMBlSflqM_Dhtc3eBK8Mbc9eYQN-d-DhS72s9YKkC75yB5Uh7j9f4iRCo5GHJjMaAqAK0B2sycUzf4lCKZ-ffECYxEaVK7a5kd5oOtvVfPZJYJISupGwHIOU9VIwweS_6-d7NaqFL/s320/erra-fazira.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1b9QkMBlSflqM_Dhtc3eBK8Mbc9eYQN-d-DhS72s9YKkC75yB5Uh7j9f4iRCo5GHJjMaAqAK0B2sycUzf4lCKZ-ffECYxEaVK7a5kd5oOtvVfPZJYJISupGwHIOU9VIwweS_6-d7NaqFL/s72-c/erra-fazira.jpg
Bloomere
https://bloomere.blogspot.com/2016/09/perkongsian-penjagaan-rambut-wanita.html
https://bloomere.blogspot.com/
http://bloomere.blogspot.com/
http://bloomere.blogspot.com/2016/09/perkongsian-penjagaan-rambut-wanita.html
true
2466639507535699805
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy